TAJUK : Pembangunan Perisian
Matematik Bulatan I dan Kesan
Penggunaannya Terhadap Murid
Bermasalah Pendengaran
Kajian
ini bertujuan membangun Perisian Program Pengajaran dan Pembelajaran
Berbantukan Komputer (PPBK) Bulatan I sebagai bahan bantu mengajar yang
menggunakan pendekatan tutorial berdasarkan Model ADDIE dan menilai perisian tersebut
serta melihat kesan penggunaannya terhadap murid bermasalah pendengaran dalam
topik Bulatan I. Kajian kuasi-eksperimental dengan gabungan pendekatan
kuantitatif dan kualitatif telah dijalankan ke atas 10 orang murid tingkatan
dua di sekolah menengah yang melaksanakan program integrasi pendidikan khas bermasalah
pendengaran di negeri Perak. Pada keseluruhannya, pakar penilai memberi
penilaian pada tahap yang tinggi (min=4.26) terhadap perisian
tersebut. Hasil analisis menunjukkan PPBK telah memberi kesan positif terhadap
murid bermasalah pendengaran kumpulan rawatan (min=11.20) dibanding dengan
kumpulan kawalan (min=7.60) dalam pencapaian
matematik. Soal selidik mendapati kumpulan rawatan mempunyai motivasi pada
tahap sangat positif terhadap PPBK dalam matematik. Implikasinya, perisian PPBK
ini boleh diperluaskan penggunaannya kepada murid bermasalah pendengaran dalam
pengajaran mata pelajaran matematik.
Kajian
yang dilakukan oleh penulis dapat mendedahkan murid pendidikaan khas kepada bidang
yang lebih mencabar supaya mereka dapat maju seiring dengan murid tipikal yang lain.
Justeru itu, penggunaan ICT perlu dititikberatkan dalam pendidikan khas. Namun
untuk melaksanakan program ini, sesebuah sekolah memerlukan modal yang besar. Ini
kerana, penyediaan komputer hendaklah mencukupi bagi melaksanakan program ini dengan
berjaya. Selain itu, penyelenggaraan komputer juga hendaklah dilakukan secara
berkala bagi mengelakkan berlakunya kerosakan terhadap komputer. Kesimpulannya,
pihak kerajaan dan juga pihak sekolah hendaklah bekerjasama bagi melaksanakan program
ini dengan jayanya.
No comments:
Post a Comment